mungkinkah anda seorang pengemar bunga dan mengharapkan pemberian bunga daripada suami, kekasih atau sesiapa sahaja. usahlah anda mengharapkan pemberian orang tetapi cubalah anda pergi ke kedai bunga, pilih jambangan bunga yang anda idamkan.
hiaskan bunga yang anda beli itu di ruang rumah, tentu ia memberi satu perubahan pada perasaan anda. mood anda akan lebih ceria, nyaman dan segala masalah akan hilang apabila anda menatap bunga tersebut. malahan kesegaran dan haruman bunga dapat mengubah suasana di ruang yang anda letakkan bunga itu