'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK ''
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK ''


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
HIT COUNTER
SEJAK 01 JULAI 2009 anda adalah pelawat yang ke??
hit counter
hit counter
rentak muzik hiburan terkini
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeMon Aug 01, 2011 7:11 pm by Guest

» mari baca....penting ini!!
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeThu Sep 10, 2009 12:05 pm by datin

» hayati lah oleh mu...
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeThu Sep 10, 2009 11:33 am by datin

» raye.... raye.... raye... jom raye...
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeMon Sep 07, 2009 11:26 am by datin

» HANTAR EMAIL GUNA SMS
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 11:07 am by Admin

» kEyboard sHortCut....
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:58 am by Admin

» TRIK KUNCI FOLDER KAMU.
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:50 am by Admin

» NEW PAPARAN SKIN JAM WINDOW ANDA
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:43 am by Admin

» CARA MENGHAPUSKAN FILE/FOLDER YANG SUSAH DI HAPUSKAN
mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeFri Aug 21, 2009 10:25 am by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Top posters
Admin
mari baca....penting ini!! I_vote_lcapmari baca....penting ini!! I_voting_barmari baca....penting ini!! I_vote_rcap 
datin
mari baca....penting ini!! I_vote_lcapmari baca....penting ini!! I_voting_barmari baca....penting ini!! I_vote_rcap 
Ms Velentine
mari baca....penting ini!! I_vote_lcapmari baca....penting ini!! I_voting_barmari baca....penting ini!! I_vote_rcap 
syahsuke
mari baca....penting ini!! I_vote_lcapmari baca....penting ini!! I_voting_barmari baca....penting ini!! I_vote_rcap 
Statistics
We have 7 registered users
The newest registered user is awek kota klias

Our users have posted a total of 50 messages in 31 subjects
LINK

http://www.spa.gov.my/


 

 mari baca....penting ini!!

Go down 
AuthorMessage
datin




Posts : 13
Points : 29
Reputation : 0
Join date : 01/07/2009
Age : 37
Location : beaufort & sembulan

mari baca....penting ini!! Empty
PostSubject: mari baca....penting ini!!   mari baca....penting ini!! I_icon_minitimeThu Sep 10, 2009 12:05 pm

H1N1..............

Selsema Babi merujuk kepada influenza (demam selsema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).


Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

simptom penyakit ini

Tanda dan simptom
Simptom utama bagi selsema babi pada manusia.[14]

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).



10 Perkara yang perlu dipatuhi semasa kuarantin

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen,rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang
tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
• Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh
tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
• Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
Sebaik-baiknya gunakan tandas yang berasingan.
• Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
• Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau
mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin ( misalnya,
chlorox - Campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika ada demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask) .

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. SEGERA hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.


Back to top Go down
 
mari baca....penting ini!!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
'' KOMUNITI BEKAS PELAJAR SMKKK '' :: KREATIVITI,DIARI DAN SEBAGAINYA :: isu-isu semasa.-
Jump to: